RecipesAugust 27, 2025

Ikan Bakar Gaya Portugis

RecipesAugust 27, 2025 .

Bahan untuk rempah:

8 Biji Cili Merah

5 Biji Bawang Merah

3 Ulas Bawang Putih

1 Batang Serai

5cm Kunyit

2 Biji Buah Keras

1 Sudu Teh Serbuk Belacan Panggang

3 Sudu Besar Air Asam Jawa

1 Sudu Besar Gula

½ Sudu Teh Garam

Bahan Lain:

Terung, Bendi, Bunga Kanatn dan Daun Limau Purut

Cara Penyediaan:

1. Tumbuk semua bahan rempah hingga halus. Tumis rempah hingga naik bau aroma. Masukkan pes asam jawa, gula, dan garam. Angkat dan ketepikan untuk kegunaan kemudian.

2. Lapik kertas aluminium dengan daun pisang, letakkan ikan, pes cili, sayur-sayuran, dan balut dengan baik.

3. Bakar pada suhu 200°C hingga masak.

Share :