Bahan-bahan:
3 Sudu Besar Serbuk Kari
1½ Sudu Teh Serbuk Kunyit
1½ Sudu Teh Serbuk Cili
½ Sudu Teh Serbuk Jintan Putih
½ Sudu Teh Serbuk Jintan Manis
1 Sudu Besar Tepung Jagung
1 Sudu Teh Garam
3 Sudu Teh Gula
Air
2 Keping Paha Ayam, dibuang tulang dan dipotong kecil
Daun Pandan
Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan perapan dengan kepingan ayam yang disediakan, inilah rahsianya menyebabkan daging ayam garing di luar dan juicy di dalam.
2. Gaulkan sebati ke semua adunan ini. Balut setiap kepingan ayam dengan daun pandan dengan baik. Cucuk ayam dengan menggunakan Skewer.
3. Goreng dalam minyak panas sehingga masak dan garing.