Bahan-bahan:
1 Paket Mee Segera Kimchi, Korea
2 Ekor Udang
4 Keping Daging Lembu
2 Keping Ham Ayam
2 Batang Ketam
1 Keping Keju Cheddar
4 Keping Zucchini
30g Kimchi
30g Daun Bawang
Bahan Stok:
1 Sachet Perasa Mee Segera Kimchi
2 Sudu Besar Kicap Soya
1 Sudu Kecil Gula
Cara penyediaan:
1. Sediakan stok Budae-Jjigae untuk rasa terbaik, campurkan semua bahan stok dan gaul rata.
2. Sediakan satu bekas Aluminium dan sembur sedikit minyak pada permukaan, masukkan mee kimchi korea ke dalam bekas, tambahkan udang, daging lembu, ham ayam, kimchi, zucchini, daun bawang dan batang ketam.
3. Tuangkan stok yang disediakan. Masak dengan api perlahan sehingga mee empuk. Masukkan keju cheddar dan hidangkan ketika panas.