RecipesSeptember 23, 2025

Sub Labu Berkrim dengan Roti Masam Miso Bawang Putih

RecipesSeptember 23, 2025 .

Sup Labu Berkrim:

1 Biji Bawang Kuning

3 Ulas Bawang Putih

1.5L Sup Ayam

Garam dan Lada Hitam kisar secukup rasa

Krim Putar untuk hidangan

Roti Miso Bawang Putih:

1 Roti Masam

1 Sudu Besar Miso

1 Sudu Besar Bawang Putih Cincang

100g Mentega

1 Sudu Besar Daun Parsli Cincang

½ Sudu Teh Lada Hitam Kisar

Cara penyediaan:

1. Langkah pertama, kita sediakan Sup labu berkrim, Letakkan semua bahan di atas dulang yang dilapik dengan kertas aluminium. Bakar selama 25-30 minit hingga sedikit perang.

2. Didihkan stok ayam. Masukkan campuran labu yang dibakar dan rebus selama 10 minit.

3. Kisar hingga halus dan perasakan dengan garam, lada, dan krim putar.

4. Campurkan miso, bawang putih, mentega, parsli, dan lada hitam kisar.

5. Potong roti menjadi kepingan tebal tanpa memotong hingga ke bahagian bawah. Balut dengan kertas aluminium dan biarkan bahagian atasnya terbuka. Sapu campuran mentega miso di antara kepingan roti.

6. Bakar 180°C selama 15-20 minit. Hidangkan sup panas dengan roti miso bawang putih.